Heboh Di Indonesia Iklan ‘Beli Rumah Dapat Istri’


MASIH ingat lagikah anda kisah viral seorang wanita bernama Wina di Yogyakarta, Indonesia  yang menawarkan diri menjadi isteri pada sesiapa yang membeli rumahnya?

Nampaknya idea yang dicetuskan Wina ini turut ditiru oleh sebuah syarikat jualan rumah di sana menerusi iklan poster iaitu ‘Beli rumah dapat istri’.
Iklan yang disifatkan lucu campur sensasi itu lantas menarik perhatian ramai hinggakan heboh diperkatakan netizen.
Di Indonesia, bini dieja sebagai ‘istri’, manakala di Malaysia adalah ‘isteri’.
Menerusi iklan itu, turut dinyatakan ‘buruan hanya ada 6 istri’ (tinggal hanya 6 istri). Biar betul?
Ternyata itu cuma helah pemaju sahaja. Ini kerana ISTRI yang dimaksudkan dalam iklan itu bukanlah bini.
Sebaliknya, ISTRI membawa kepada singkatan Internet, Sofa, Telefon, Refrigerator (peti ais) dan Ipad.

Tulisan maksud ISTRI itu sebenarnya ada di dalam poster, namun ukurannya lebih kecil.
Difahamkan, iklan unik ini sudah pun lama digunakan sejak tahun lalu, dan kini kembali menjadi tular di media sosial.
Melihat pada iklan tersebut, pasti ramai yang tertipu dengan iklan ini bukan?. Tambahan pula, iklan itu turut mempamerkan model wanita cantik.  – MYNEWSHUB.CC



Heboh Di Indonesia Iklan ‘Beli Rumah Dapat Istri’ Heboh Di Indonesia Iklan ‘Beli Rumah Dapat Istri’ Reviewed by Admin on 14:27 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.