Solat Di Parkir PWTC, Akhirnya Zahiril Adzim Beri Penjelasan Sebenar
PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.
“Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.
“Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online.
Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.
Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.
Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.
“Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja.
“Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya.
MSTAR ONLINE
Solat Di Parkir PWTC, Akhirnya Zahiril Adzim Beri Penjelasan Sebenar
Reviewed by Admin
on
13:37
Rating:
Biasa la..org ni klau buat baik kutuk...buat jahat pn kutuk...so,buat x tau je..
ReplyDeletebtol2 ape yg ko ckp ni..
DeleteTahniah zahiril!!! Respect!
ReplyDeletesubhanAllah wabihamdih! respect!
ReplyDeleteYg ambik gambar patut tampil memohon maaf dan buat penjelasan... Anda menjadi punca fitnah.. Lain kaki nak pegi mana2 bawak otak tu.. jgn tinggal merata2.
ReplyDeleteYg ambik gambar memang banggang sebab buat fitnah...cpt sikit ko mampos....respek jat aril..
ReplyDeleteCayalah....takpa yg penting Allah mengetahui niat yg baik...
ReplyDeleteselalunya org yg x jaga sembahyang selalu bising2 tu. itu belum dia tgok org bertayammum dlm kereta waktu jalan jem, mau depa viralkan kata org gila tepuk2 cermin tingkap kereta hakhak~
ReplyDeleteYg pnting dia solat wlu ape cara skalipon dri x solat lngsung..respect u bro!
ReplyDeleteXpela..sekurang2 nyer die cube nk tunaikn tgggjwp wajib die xkire tpt..drpd xsemayg lngsng..lg teruk..org nk semyg kat tpt.paking pn nk kecoh..klo kat oversea org semyg kat tgh2 park xjd issue pn..org melesia nie sk nk cbuk bnd2 xde pekdah..neway,thumbs up zahiril!!respect..
ReplyDeletepatut mnjadi contoh pd anak muda
ReplyDeleteBumi adalah masjid. Alhamdulillah ada anak muda bagus mcmni ��
ReplyDeleteMakin ramai pulak manusia pelik bile solat mcm tu.. Bumi Allah ni bersih suci.. Mcm tu jugak bile ade wabita yg pakai glove.. Ape yg pelik pn x tau lah.. Sedangkan kita islam..
ReplyDeleteAllahuakbar! bumi ni milik Allah, kat mana2 pun boleh solat. asal bersih pakaian dan tempat... respek ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dia sekadar menunaikn kewajipan
ReplyDeleteDi mana-mana sahaja boleh bersolat asalkan bersih.
ReplyDeleteDunia akhir zaman...yg baik org akan pndang slah..yg slah org kte baik...pape pon alhamdulillah respect masih ade artis spt ini..
ReplyDeleteeleh..kt negara arab tu selamba je solat kt tepi jalan, kt padang pasir..kt padang pon bole solat. ape de hal da.bukan die p rogol org kt tempat parking kete pn. tu bru le jd isu. xde kje punye org buat fitnah ni. jakun kot xpenah tgk budaya kt negara luar
ReplyDeleteSusah betul buat baik sekarang ya. Ada je yang buruk sangka. Apapun saya respek beliau yang solat begini. Jarang nak jumpa mcm ni
ReplyDeleteTerbaik! Semoga ramai lagi boleh jadi contoh mcm ni. Betul apa yg dia cakap. Surau maybe sempit so kita solat la mana2 yang sesuai dan bersih. Semoga lepas ni attitue mcm ni akan jadi viral!
ReplyDeleteBiasa la....org tnga solat pun salah...btl2 la mcm togeh ... D mna mna ada ja sibuk...
ReplyDeleteat least dia solat..dia sedar akan kewajipan dia perlu menunaikan solat...teringat masa terjumpa dgn zahiril di kuantan, lunch hour pada tahun lps..lps bergambar, dia bergerak menuju ke masjid Sultan Ahmad Shah utk solat zohor..kagum...respect zahiril..
ReplyDeletePedulikan kpd mereka yg suka argue. Tenang2 sahaja ye zahiril. Respect..
ReplyDeleteMasa tinggal kat jepun dlu, kami pun selalu solat kat parkir gak sebab xda surau..xjd issue pun..
ReplyDeleteorg solt kt prkir pn jd isu . sakai la org yg bwt fitnah tu, yg hang dok sebok sgt nk ambik gmbr zahiril pas tu sebr wt fitnah xtntu pasl tu pehal .. zahiril cma nk tunaikn tnggungjwb jew, yg ko tu knpe tgn tu gatl sgt nk mbik gmbr org solt pas tu sebr bwt fitnah .. ko nie myb tme b'jalan pon pijak otak ko kn .. respect zahiril ..
ReplyDeleteOrang yang ambil gambar tu sebenarnya menunjuk2...tak pa ..Allah maha mengetahui...serahkan padaNya...
ReplyDeletesolat pun jadi isu ke..apa la..dh memag kwajipan kan..
ReplyDeleteMana blog asal yang komen tu.. aku nak riak kat situ pulak haha
ReplyDeleteAllahhuakbar..Allah maha mengetahui...jangan pedulikan apa pun pandangan negatif masyarakat...yang pentingnya...sebagai hamba Allah..kita buat apa ug Allah perintahkan...
ReplyDeleteSentiasalah bersangka baik dan berfikiran positif.. jgn jadi sekutu dajjal yang suka memfitnah. Kita tiada hak menilai antara satu sama lain. Hanya Allah je yang berhak.
ReplyDeleteBda biasa, org yg amik gbr hga jd viral yg bdosa. Skrg nape tk tjuk diri d mta maaf pd pelakon ni, kan awk nk pop jga..anda yg amik gbr ni solat je tdk?
ReplyDelete