Tiga Gadis Buat Laporan Polis Selepas Terkejut Dada Dipenuhi 'Cecair Putih' Semasa Tidur



KAJANG : Tiga orang wanita yang mendakwa telah menjadi mangsa rogol di sebuah rumah di Taman Penaga, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati diri mereka dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, dua daripada mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan bogel begitu kerana pada malam kejadian, mereka mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.

Katanya lagi, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badan terasa sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

→Statistik kes rogol di seluruh negara menunjukkan seramai 16,287 remaja dan wanita menjadi mangsa rogol sejak tahun 2010 hingga 2016.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita, Kanak-Kanak(D11) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan, daripada jumlah tersebut, 80 peratus mangsa rogol tersebut dirogol oleh orang yang dikenalinya.
Tiga Gadis Buat Laporan Polis Selepas Terkejut Dada Dipenuhi 'Cecair Putih' Semasa Tidur Tiga Gadis Buat Laporan Polis Selepas Terkejut Dada Dipenuhi 'Cecair Putih' Semasa Tidur Reviewed by Admin on 23:49 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.