Asyik Lawan Siapa Lagi Cantik, Apa Nak Jadi Penuntut Kita?


81

#SEIRING dengan peredaran masa, ramai yang mengakui bahawa penuntut pusat pengajian tinggi kini jauh lebih ke hadapan berbanding beberapa dekad terdahulu.
Kalau dilihat, golongan mahasiswa di universiti sekarang memiliki pelbagai kelebihan antaranya kecanggihan teknologi yang diterapkan dalam pembelajaran, kemudahan fasiliti yang disediakan serta infrastruktur yang lebih selesa.
Namun, adakah ‘fakta’ tersebut benar atau hanya sandiwara sesetengah pihak untuk mengaburi realiti sebenar yang mencengkam golongan mahasiswa?
Sayangnya, kenyataan bahawa mahasiswa kini terlalu leka dengan fatamorgana dan arus kemodenan sehingga lupa tentang tanggungjawab sebagai modal insan, harus dikunyah dan ditelan seluruh masyarakat.
Berkongsi di laman sosial Facebook, pengendali akaun Aiman Nazirmuddin mempunyai alasan mudah tentang ujarannya.
Anda bacalah sendiri luahan pendapat individu berkenaan..
12
Memberi contoh trend terkini golongan tersebut mewujudkan beberapa akaun berkonsepkan cantik dan kacak, ia sekaligus menggambarkan mentaliti mereka yang mementingkan perkara picisan berbanding hal yang lebih kritikal.
“Kami terlalu sibuk mencari siapa yang cantik dan hensem di kalangan kami. Kami terlalu sibuk berlawan siapa paling cantik di antara universiti.
“Kami ini mahasiswa dan siswi yang tidak langsung peduli soal ekonomi negara, soal pendidikan mahupun soal sosial. Kami tidak ambil peduli tentang apa yang masyarakat luar bandar perlukan, dan apa yang kami boleh berikan. Kami langsung tidak peduli.”
Sememangnya, pendapat oleh Aiman tepat kerana di ruangan Instagram, akaun seumpama ‘Malay Pretty’, ‘Malay Beauty Handsome’, malah lebih spesifik, ada individu yang mewujudkan akaun ‘UiTM Handsome’, ‘UiTM Pretty Official’ dan ‘MSU Pretty Kacak’ senang ditemui.
UntitledUntitled
Alahai… senario seperti ini pastinya sangat menyedihkan dan tidak wajar berlaku atas kapasiti bahawa penuntut universiti sepatutnya sudah mampu berfikir jauh dan mengutamakan isu lebih berat seperti politik, bangsa, agama, ekonomi mahupun negara.
Secara mudahnya, ini menunjukkan refleksi masyarakat kita yang mengutamakan rupa lebih daripada segala-galanya. Tak hairan juga kenapa Malaysia masih berada pada ranking bawah dalam senarai universiti terkemuka dunia mahupun Asia.
Khas buat mahasiswa dan mahasiswi, apa guna cantik dan kacak kalau ditanya soalan GST mahupun politik, tergagap-gagap nak jawab, kan?
Lagi sedih, andai saat ekonomi negara menjadi tidak menentu serta pemimpin perlu diganti suatu hari nanti, mahasiswa yang diharap menjadi penyelamat masih diapit dengan cerita siapa lebih cantik, siapa lebih kacak, siapa lebih sasa. Sedihnya…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Asyik Lawan Siapa Lagi Cantik, Apa Nak Jadi Penuntut Kita? Asyik Lawan Siapa Lagi Cantik, Apa Nak Jadi Penuntut Kita? Reviewed by Admin on 14:14 Rating: 5

1 comment:

  1. HAHAHA NI LA HASIL U BUMIPUTERA...X BERILMIAH LSG...ASIK BUAT BENDA2 MENGARUT...NO WONDER LA RANKING DIAORG TERUK...X LAMA LAGI POLITEKNIK PINTAS KORG LA KLU KORG X SEDAR2 LAGI...

    ReplyDelete

loading...
Powered by Blogger.