Adira Enggan Komen Khabar Angin Putus Tunang
#Kalau sebelum ini, penyanyi Adira bertunang senyap-senyap dengan kekasihnya pada Disember tahun lepas dan pertunangan mereka hanya didedahkan pada umum beberapa bulan selepas itu, khabar angin bertiup kencang bahawa kini mereka sudah putus tunang.
Dia telah mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Shahrul Nasrun Kamarudin, 29, dalam majlis yang dilangsungkan pada 22 Disember 2014 di Kundasang, Sabah. Majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga Adira serta Shahrul.
Menurut Aida yang menulis di Utusan, sudah ramai yang mengatakan sebegitu walaupun mereka juga mendengar khabar angin dari orang lain. Oleh sebab itu, dia telah menghubungi sendiri penyanyi Adira untuk mendapatkan kepastian.

Namun begitu, penyanyi itu lebih selesa mendiamkan diri dan enggan memberikan komen tentang perkara itu. Adira ketika dihubungi juga seolah-olah sedang sibuk menguruskan sesuatu.
Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 24, telah menetapkan tarikh pernikahannya pada September depan.
Diharapkan hubungan Adira dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M) ini sebenarnya tidak bermasalah dan perkara ini sememangnya hanya khabar angin sahaja. Ramai mendoakan penyatuan mereka berdua berikutan masing-masing pernah dilihat serasi bersama. beautifulnara com
Adira Enggan Komen Khabar Angin Putus Tunang
Reviewed by Admin
on
14:43
Rating:
No comments: