Yana Samsudin Nafi Tanggung Makan Pakai Suami
Baru mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin dihimpit kontroversi dimana ada pihak yang menuduh beliau menanggung makan minum suaminya Fadzil Zahari. Malah, ramai sebenarnya mempersoalkan apakah pekerjaan sebenar Fadzil.
Dakwaan itu tidak benar kerana dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan.Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil.
Untuk pengetahuan anda, Fadzil mempunyai sebuah syarikat dikenali dengan nama Prokuya Studios, yang merupan sebuah agensi pengiklanan dan pengurusan bakat yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. Walaubagaimanapun Yana tidak mahu bernaung di bawah syarikat suami tercinta kerana lebih selesa menguruskan kerjayanya sendiri.
Biarlah dia hanya menjadi suami saya dan bukannya terlibat secara profesional dalam kerjaya kerana saya bimbang ia akan memberi kesan kepada hubungan kami nanti.Saya juga kini selesa menguruskan sendiri karier saya namun saya terbuka dalam menerima pendapat daripada suami berhubung kerjaya saya.
Baca artikel selanjutnya http://beautifulnara.com/yana-samsudin-nafi-tanggung-makan-pakai-suami/
Yana Samsudin Nafi Tanggung Makan Pakai Suami
Reviewed by Admin
on
19:47
Rating:
No comments: