Suami Isteri Tidak Boleh Cium Di Khalayak Ramai – Imam Masjid Bukit Aman

Tindakan Johan Raja Lawak mencium bibir isterinya Ozlynn Watie apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori penyampai radio paling popular ABPBH 2014 mengundang kontroversi. Ramai yang mempertikaikan tindakan Johan dan ada juga yang menyokong atas alasan mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri.
Free Malaysia Today telah mendapatkan pandangan dari Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman yang menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.


Jelasnya, perkara sedemikian harus disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkahwin.
Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan.
Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.
Misalnya, sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.
Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri.
Begitulah pandangan Ustaz Hassan. Perkara yang sudah berlaku tidak boleh diubah lagi tetapi pandangan ustaz boleh dijadikan panduan di masa hadapan. Walaupun sudah halal, simpanlah kemesraan yang teramat itu sebagai perihal peribadi suami dan isteri.
Sebagai orang Melayu kita kena mengambil kira perihal agama Islam dan adat zaman berzaman yang perlu dijunjung, tak gitu?
Baca artikel selanjutnya: http://beautifulnara.com/suami-isteri-tidak-boleh-cium-di-khalayak-ramai-imam-masjid-bukit-aman/
Suami Isteri Tidak Boleh Cium Di Khalayak Ramai – Imam Masjid Bukit Aman Suami Isteri Tidak Boleh Cium Di Khalayak Ramai – Imam Masjid Bukit Aman Reviewed by Admin on 19:26 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.