'Kau berbanggalah dengan motor BMW kau tu sampai kiamat'

Selain untuk kegunaan berulang alik ke tempat kerja, apa tujuan membeli motor jenama mahal ini? Kerana minat? Kerana mahu join kelab motor lelaki suci? Kerana sudah berkemampuan? Kerana duit kau, suka hati kaulah nak beli apa?

Terpulanglah apa pun niat anda, tetapi jangan sesekali pernah memandang hina motosikal jenama lain. Seperti yang ditegur oleh rider wanita ini yang telah menjelajah dunia dengan motosikal Yamaha FZ150, nyata sangat terkilan dengan sikap sesetengah individu yang mengamalkan kasta dalam kehidupan akibat taksub dengan motor.



Apa yang korang rasa kalau dapat mesej macam ini? Bangga? Teruja? Happy? Aku dapat few messages yang seperti ini datangnya dari mereka yang sememangnya rakan Facebook aku. Tetapi selama ini mereka tidak pernah komen, like my post dan tak pernah ucap sepatah congrats pun even on my GDR success. 

Nak kata tak aktif di Facebook, selalu saja aku nampak diorang komen di Facebook kroni-kronik diorang. Tiba-tiba bila aku beli motor sama jenama dengan mereka, bertubi-tubi likes. Siap hantar mesej lagi ajak TTS la, ajak ride sekali la. Nak tahu apa aku rasa? 

"Hi sis, congrats on your new bike and welcome to BMW family," 

Thank you

"Macam ni la best. Ini baru namanya motor"

What?? So motor-motor lain yang bukan jenama BMW itu bukan motor la? Motor FZ150 yang aku bawa pusing dunia itu apa? Pleaselah, ini satu penghinaan okey. Nama je kau bawa motor barat tetapi mentaliti kau sangat kampunglah bro. 
"So, bila kita boleh TTS bersama-sama? Would like to introduce you to other beemer owners. When we meet we can plan a ride together. You are one of us now." 

Ohh. Sekarang aku dah memiliki motor sejenama dengan kau, jadi kau terima aku dalam kumpulan korang lah? Baru kau sudi nak berkawan dengan aku? Baru kau sudi nak minum teh dengan aku? Kalau tak, kau jeling tepi mata saja? Begitu? 

Kenapa kau tak nak tanya aku sudi ke nak berkawan dengan orang yang mengamalkan kasta dalam kehidupan macam kau dan kroni-kroni kau? Kau tak tanya pun kan, sebab kau ingat aku hajab sangat to be in your clan. 

Excuse me, minta maaf banyak-banyak. Kalau macam inilah sikap kau, go to hell. Tak hingin aku nak berkawan dengan orang yang ada kasta-kasta ini. Kau berbanggalah dengan motor BMW kau itu sampai kiamat. 

No offence to other proud BMW owners. Aku tahu bukan semua yang berperangai seperti ini. Kalau korang tanya aku, jujurnya aku tak bangga pun  aku beli GS ini. For god's sake, its only a purcahase. Nothing to be proud of. Its not an achievement. Its only a purchase that anyone who can afford, can buy it. 

Whats the big deal? Only if I have achievement with it, then I'll be proud. Kalau takat beli kemudian bawa pergi TTS nak tunjuk pada orang kononnya aku hebat sebab memiliki BMW, well itu korang, not me. 

Aku beli simply because I want to enrich my experience by experimenting riding different bikes. Nak juga tahu betul ke senang ride jauh naik small bike ini. Siapa-siapa pun boleh buat dan betul ke azab sungguh ride jauh naik big bike?

As far as I know, I am still the same Anita whom you knew way back when I'm nobody. Only those who have problems @ create problems with me will say otherwise. I don't practise kasta in my life and I can't tolerate those who do. Adios. Thanks for reading till the end. 

Semoga teguran dari Puan Anita Yusof ini memberi pengajaran kepada semua. Ingat, itu semua harta dunia yang tidak perlu ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan secara melampau-lampau. Bersederhanalah dalam apa jua yang kita lakukan. - The Reporter
'Kau berbanggalah dengan motor BMW kau tu sampai kiamat' 'Kau berbanggalah dengan motor BMW kau tu sampai kiamat' Reviewed by Admin on 09:47 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.