Doktor Dipercayai Rawat Dato' Seri Najib Dan Datin Seri Rosmah Letak Jawatan Di Organisasi Anti-Penuaan



Datuk Dr Sidiq Mohamed, seorang doktor yang dipercayai merawat Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selama bertahun-tahun telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden di sebuah organisasi anti-penuaan.

Perkara ini dinyatakan presiden organisasi, Dr Selvam Rengasamy dalam satu kenyataan hari ini.
 
Dr Selvam berkata Dr Sidiq meletakkan jawatan kerana beliau tidak mahu organisasi tersebut diheret sama ke dalam perkara yang melibatkannya atas kapasiti peribadi.

Sebelum ini, Sarawak Report pada 3 Ogos lalu mendakwa sejumlah RM1.15 juta digunakan daripada dana SRC international untuk kegunaan pertumbuhan hormon anti penuaan. Malaysiakini


Doktor Dipercayai Rawat Dato' Seri Najib Dan Datin Seri Rosmah Letak Jawatan Di Organisasi Anti-Penuaan Doktor Dipercayai Rawat Dato' Seri Najib Dan Datin Seri Rosmah Letak Jawatan Di Organisasi Anti-Penuaan Reviewed by Admin on 22:50 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.