'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad'
'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad'
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di sekolah SMK Batu Gajah, cedera di bahagian leher akibat ditampar oleh gurunya yang mendakwa mangsa telah mencukur bulu keningnya, sedangkan bulu keningnya sedia ada begitu
Katanya, anak saya mengandam kening. Sedangkan keluarga kami semuanya kening seperti diandam. Saya rasa ustazah berkenaan perlu menambah power kaca matanya.
Anak saya masih dalam rawatan Doktor Pakar Othorpedik kerana tulang tengkuknya menghadapi masalah kritikal. Penyakit ini di bawah kawalan Ketua Pakar Othorpedik HRPZII dan anak saya dinasihatkan agar tidak mengangkat barang-barang berat dan tidak dibenarkan sesiapa menyentuh, apatah lagi memukul bahagian kepalanya.
Disebabkan kejadian semalam, saya terpaksa menghantar anak saya ke Hospital Tanah Merah kerana dia mengalami sakit di bahagian yang ditampar dan muntah-muntah. Dan sekiranya sakitnya tidak berubah, saya terpaksa merujuk HRPZII.
Justeru, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sepatutnya pihak sekolah prihatin dan tidak menghukum muridnya secara keterlaluan.
Tambahan pula guru yang berpendidikan agama perlu mengambil tindakan secara berhemah. Saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan yang serius terhadap guru-guru yang tidak beretika. - Zulkifli Yunus
INI PULA RESPON PENDEDAHAN DARI SEORANG PENGGUNA FB, TAK TAHU BETUL KE X.. KENA DENGAR DUA2 PIHAK... SAMA2 LA KITA NANTIKAN KEPUTUSAN NT DARI PIHAK SEKOLAH DAN POLIS...
INI PULA RESPON PENDEDAHAN DARI SEORANG PENGGUNA FB, TAK TAHU BETUL KE X.. KENA DENGAR DUA2 PIHAK... SAMA2 LA KITA NANTIKAN KEPUTUSAN NT DARI PIHAK SEKOLAH DAN POLIS...
'Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya Sampai Masuk Wad'
Reviewed by Admin
on
22:19
Rating:
No comments: