Gadis Dakwa Mukanya Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Sejenis Produk Kecantikan Tempatan


Gara-gara berhenti menggunakan sejenis produk keluaran tempatan yang diguna olehnya sebelum ini, seorang gadis cantik mendakwa telah mengalami masalah kulit yang teruk pada kulit wajahnya apabila kulitnya kini dipenuhi jerawat besar, bernanah dan mengelupas.

Menurut Asmida Wahab melalui laman Instagramnya, dia telah berhenti menggunakan produk berkenaan sejak empat bulan lalu dan sejak itu kulitnya wajahnya mula bertukar dari licin kepada keadaan sebegini.


Apa yang lebih menyedihkannya katanya, sejak kulit wajahnya jadi begini ada orang tidak mahu berkawan dengannya lagi.

Untuk menghilangkan masalah kulitnya itu dia terpaksa mengenakan solekan yang tebal tetapi tidak berjaya menyembunyikan masalah kulitnya itu.


Beliau turut meluahkan supaya orang ramai tidak memandang serong atau memandang rendah kepadanya dan meminta supaya mendoakan kulitnya itu cepat sembuh.

Apapun kami nasihatkan kepada Asmida agar sentiasa dan teruskan berjumpa dengan doktor yang lebih ariffdalam hal ini. - Siakapkeli.my



Gadis Dakwa Mukanya Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Sejenis Produk Kecantikan Tempatan Gadis Dakwa Mukanya Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Sejenis Produk Kecantikan Tempatan Reviewed by Admin on 12:33 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.