Guru Pukul Budak Dengan Kabel, Gagal Jawab Soalan

Guru Pukul Budak Dengan Kabel, Gagal Jawab Soalan
MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Xiao Yong, apabila dia dipukul dengan kejam oleh gurunya dengan kabel elektrik hanya disebabkan dia gagal menjawab soalan matematik yang diberikan.
Pukulan tersebut telah menyebabkan badan Xiao dipenuhi dengan lebam. Susulan kes itu, guru terbabit, Yue telah digantung daripada mengajar di sekolah di Xianglu, China.
Berdasarkan laporan media, Xiao telah diminta oleh gurunya itu untuk menjawab soalan matematik di papan hitam dan dia dipilih oleh gurunya kerana Xiao mendapat markah paling rendah dalam kelas iaitu 81 daripada 100 markah.
Namun Xiao gagal menjawab soalan berkenaan dan sebagai hukuman dia dipukul dengan kejam oleh Yue di dalam kelas, sambil disaksikan oleh murid-murid lain.
Sekembalinya ke rumah, Xiao tidak berani menceritakan perkara berkenaan kepada datuk dan neneknya. Mereka hanya mengetahui mengenainya selepas sepupu Xiao melihat parut dan kesan lebam itu selepas dia mengadu kesakitan.
Keluarganya yang melihat kecederaan itu sangat terkejut dan mereka membawanya ke hospital. Xiao telah masukkan ke wad selama tiga hari.


Gambar Xiao yang dipenuhi dengan kesan pukulan berkenaan telah dimuatnaik dalam media sosial sementara guru terbabit telah memohon maaf kepada keluarga Xiao. – Mynewshub.cc
Guru Pukul Budak Dengan Kabel, Gagal Jawab Soalan Guru Pukul Budak Dengan Kabel, Gagal Jawab Soalan Reviewed by Admin on 11:54 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.