Zizan Nikah Bulan Jun
Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan, Zizan Razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.
BACA: Zizan Razak Nafi Diri Pelawak Kaki Perempuan
Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.
Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.
Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu, katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.
Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.
Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, wanita berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus. Rotikaya
Baca artikel selanjutnya di sini...
bh plus
Zizan Nikah Bulan Jun
Reviewed by Admin
on
07:45
Rating:
No comments: