Saranan ‘Masak Sendiri Elak GST’ Dimanipulasi – Ahmad Maslan


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan meminta semua pihak berhenti memanipulasikan kenyataannya yang menyarankan agar pelajar universiti memasak sendiri dari makan di luar bagi mengelakkan bebanan GST.
Ujar Ahmad, kenyataan tersebut yang dilontarkannya dalam satu majlis di UiTM, Shah Alam, semalam (Sabtu) merujuk kepada pelajar yang menyewa di luar kawasan kampus sahaja.
Memetik kenyataan beliau dalam portal Astro Awani, “Saya berucap dua jam 45 minit, saya sebut macam-macam dan mereka hanya ambil satu ayat sahaja iaitu mengenai masak sendiri.
48049007
“Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.
“Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan.”
Gesaan tersebut dikeluarkan Ahmad setelah ia mendapat kritikan ramai yang mempertikaikan saranan ‘masak sendiri’ kerana kekangan dari pihak kampus yang melarang pelajar kolej memasak.
Dalam kemas kini terbaru di laman Twitter rasminya, Ahmad turut membuat justifikasi lanjut tentang pendapatnya sebelum ini.
Menghampiri usia dua minggu perlaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan, rata-rata masyarakat masih keliru dan tidak memahami aturan ia dicaj terhadap produk yang dibeli.
Anda boleh merujuk pautan bawah bagi penerangan selanjutnya berkenaan GST.

– MYNEWSHUB.CC
Saranan ‘Masak Sendiri Elak GST’ Dimanipulasi – Ahmad Maslan Saranan ‘Masak Sendiri Elak GST’ Dimanipulasi – Ahmad Maslan Reviewed by Admin on 18:35 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.