Lelaki Di Cheras Melancap Sambil Lihat Pemandu Wanita
SEPERTI terdapat satu trend membimbangkan yang muncul dalam negara sejak kebelakangan ini.
Perasankah anda sejak akhir-akhir ini, trend melucutkan pakaian sudah semakin menjadi-jadi di Malaysia?
Dengan insiden seorang model ‘topless’ di Petaling Street, kemudian muncul kes seorang lelaki bertelanjang bulat berjalan di sebuah restoran di Ipoh.
Hari ini pula, seorang lelaki dikatakan telah melancap di hadapan dua wanita di Cheras.
Ya, melancap!
Insiden tersebut dikatakan berlaku di Jalan Cerdik, Cheras apabila mangsa, Yee Voon Toi dan rakannya berjalan menuju ke arah kawasan parkir kereta mereka.
Menurut portal FunnyMalaysia.net, pada mulanya mereka menyangkakan suspek merupakan seorang jurujual kerana gayanya tidak tumpah dengan lagak seorang ‘salesman’.
“Setelah masuk ke dalam kereta, saya melihat dia berjalan dari jauh ke arah kami, pada mulanya kami ingatkan dia adalah seorang jurujual kerana pakaiannya agak sopan beserta fail di sebelah tangan.
“Namun aksi seterus daripadanya amat mengejutkan kami, apabila dia terus mengeluarkan kemaluannya dan failnya digunakan untuk menutup aksi lancapannya,” kata Yee.
Suspek dikatakan sempat memberikan senyuman kepada mangsa dan membuatkan mereka menangkap gambar suspek yang masih enak ‘dibuai’ aksinya.
Yee mengatakan yang dia bersyukur kerana sempat masuk ke dalam kereta dan dikatakan telah membuat laporan kepada pihak polis.
Entah spesies manusia apa jenis tak tahu malu ni, pelik!
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Lelaki Di Cheras Melancap Sambil Lihat Pemandu Wanita
Reviewed by Admin
on
15:34
Rating:
No comments: