VIDEO: Ngeri..! Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang


BELUM habis terkejut dengan kes pergaduhan ‘parang terbang’ di sebuah pasaraya di Bukit Jambul, kini dengan menggunakan parang juga, kes seumpama itu kembali berlaku di Klang.
Meremang bulu roma penulis sewaktu menonton video yang dikongsikan di FacebookWikipediarakyat ini, di mana sesetengah paparannya amatlah tidak sesuai ditonton oleh anda yang lemah semangat.
Difahamkan, insiden bermula daripada pertengkaran mulut antara dua kumpulan, sebelum ia berakhir di hadapan panggung wayang apabila mangsa yang merupakan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun ditetak dengan kejam.
“Kejadian itu bagaikan aksi dalam filem apabila mangsa diserang di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang,” kata saksi yang enggan dikenali.
giloo hitam wm
“Mangsa berlari ke arah orang ramai bagi mengelak diserang suspek, namun suspek bertindak berani menetak mangsa manakala rakan mangsa melarikan diri,” tambahnya.
Difahamkan, dua kumpulan berkenaan sebelum itu bertengkar di pusat karaoke sebelum ia berlarutan hingga hadapan panggung wayang di pusat beli-belah berkenaan.
Dua kumpulan terbabit dikatakan memang bersedia untuk bergaduh, malah suspek berusia 30-an turut membawa parang ketika mengadakan perbincangan.
Apa sudah jadi dengan tahap keselamatan lebih-lebih lagi di pusat beli belah di Malaysia?
Adakah pengawal keselamatan tidak sedar atau mereka yang kebiasaannya merupakan warganegara asing membenarkan rakan senegara membawa masuk senjata dalam premis awam?
Diharapkan PDRM melakukan siasatan segera terhadap perkara yang serius ini!
Kita tak mahu kes tetak sebegini berulang lagi di tempat awam kerana ia turut membabitkan isu keselamatan orag awam.

-MYNEWSHUB.CC
VIDEO: Ngeri..! Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang VIDEO: Ngeri..! Lelaki Ditetak Depan Panggung Wayang Di Klang Reviewed by Admin on 17:49 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.