Gadis Dipeluk Artis Kpop Diminta Hadir Ke JAWI Untuk Kaunseling Atau Waran Tangkap Akan Dikeluarkan

Mak aih. Terkejut beruk Abang Nara membaca keratan akhbar hari ini. Mana tidaknya, para gadis yang dipeluk artis Kpop diminta hadir ke JAWI untuk sesi kaunseling. Sekiranya gagal berbuat demikian, JAWI akan meminta mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka. Ish, ish, ish. Macam melampau je tindakan nie? Memang tak masuk akal sungguh.
waran tangkap
gambar ihsan Twitter @mohdismail
Seharusnya JAWI mengambil pendekatan yang lebih berhemah menangani isu ini. Tindakan yang tidak wajar ini telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan kredibiliti JAWI itu sendiri. Mana tidaknya, bila artis KPOP beria-ria sampai keluar waran tangkap semua. Artis Melayu tempatan yang berpeluk sakan setiap hari di stesen televisyen boleh pula buat tak tahu. Hmmm. Sepatutnya JAWI mengambil pendekatan yang dilakukan seperti Ustaz Kazim di bawah ini.
waran tangkap
Menariknya akibat tindakan JAWI ini, gambar artis-artis tempatan dipeluk para peminat kini mula bertebaran di laman sosial. Adakah pihak JAWI akan turut sama mengambil tindakan terhadap artis-artis ini? Kalau tidak mahu dipertikaikan kredibiliti dan tidak mahu dianggap berat sebelah, pihak JAWI juga harus bertegas. Antara contoh gambar yang tersebar sekarang ini ialah Anuar Zain dipeluk peminat ketika membuat persembahan.
waran tangkap
gambar dari Mstar Online
Pihak JAWI harus tepuk dada dan tanya diri sendiri tujuan dan motif perkara KPOP ini diperlakukan sehingga seolah-olah merupakan masalah negara nombor 1. Jangan gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sungai jelas kelihatan. Apa pendapat anda? Sumber
Gadis Dipeluk Artis Kpop Diminta Hadir Ke JAWI Untuk Kaunseling Atau Waran Tangkap Akan Dikeluarkan Gadis Dipeluk Artis Kpop Diminta Hadir Ke JAWI Untuk Kaunseling Atau Waran Tangkap Akan Dikeluarkan Reviewed by Admin on 16:50 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.