Video : Lagi Kes Buli Dalam Asrama, Mangsa Disepak Tanpa Belas Kasihan


Jika semalam kecoh dengan kes buli "Singlet Hitam" kini satu video buli yang terbaru telah dimuat naik di laman Youtube tapi kali ini kami kongsi video yang lagi kejam yang diperolehi dari blog Siakapkeli.

Dari video yang berdurasi selama lebih 6 minit itu, seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa orang lelaki di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama. Mangsa buli itu di pukul menggunakan tangan dan kaki dan berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan. Lebih kejam lagi, mangsa diterajang, diheret dan ditolak ke dinding tanpa belas kasihan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu. Rintihan demi rintihan dari mangsa tidak diendahkan. Sebak dibuatnya apabila melihat video ini.

Tidak dapat dipastikan dimana perbuatan buli ini berlaku. Tetapi dengan muka mangsa dan pemukul jelas kelihatan di dalam video tersebut, pihak herkuasa pasti dapat menyelesaikan kes ini.

Rasanya banyak lagi sebenarnya kes-kes buli yang berlaku dalam asrama sekarang ni, tetapi tidak didedahkan sahaja. Semoga pihak berkuasa dapat menangkap mereka yang bertindak kejam.

Video : Lagi Kes Buli Dalam Asrama, Mangsa Disepak Tanpa Belas Kasihan Video : Lagi Kes Buli Dalam Asrama, Mangsa Disepak Tanpa Belas Kasihan Reviewed by Admin on 19:04 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.