Pencuri Dibogel Orang Kampung.. Gambar Disebar, Wajarkah?


Lihat gambar jelas di sini

Bertindak melulu dan melebihi batasan, beberapa individu di sebuah kampung di Bachok, Kelantan bukan sahaja membelasah seorang remaja, malah membogelkannya di khalayak ramai akibat ditangkap mencuri.

Kejadian dikatakan berlaku ketika waktu solat di mana remaja terbabit bersama-sama seorang rakannya didakwa hendak mencuri motosikal milik salah seorang jemaah yang diparkir di perkarangan masjid.

Namun, tindakan itu mengundang padah apabila dia ditangkap selepas ada penduduk terlihat perbuatan tersebut. Rakan subahat mangsa bagaimanapun sempat meloloskan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assisten Komisioner Rohaimi Md Isa, pelajar sekolah tingkatan tiga itu mengalami kecederaan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dibelasah.

Difahamkan remaja terbabit ditangkap bersama peralatan yang dipercayai untuk digunakan bagi mencuri motosikal.

Dalam pada itu, beberapa keping gambar remaja yang ditangkap orang kampung ini menjadi viral di laman sosial apabila ia memaparkan keadaan remaja itu yang dipercayai dibogelkan penduduk kampung sebagai hukuman.


Perbuatan ini mendapat kritikan pengguna Internet kerana penyebarannya dianggap perbuatan mengaibkan dan tidak wajar. Malah, ada pihak menganggap penduduk kampung menggunakan undang-undang sendiri bagi menjatuhkan hukuman kepada pencuri itu.

Ya, kadang-kadang amarah boleh menyebabkan sesetangah individu melakukan perbuatan di luar jangkaan, namun situasi ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di tempat suci bagi umat Islam.

Kalau pun nak beri pengajaran, tak perlulah sampai sebegini rupa. - MYNEWSHUB.CC



Pencuri Dibogel Orang Kampung.. Gambar Disebar, Wajarkah? Pencuri Dibogel Orang Kampung.. Gambar Disebar, Wajarkah? Reviewed by Admin on 17:23 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.