Noraniza Idris Bidas Penulis Lirik Cindai Kutuk Stacy


Episod kontroversi membabitkan persembahan Stacy yang mendendangkan lagu Cindai di Anugerah Skrin 2014, jumaat lalu masih tidak bernoktah.
‘Drama’ ini bermula apabila penulis lirik lagu itu, Hairul Anuar Harun mengeluarkan kenyataan pedas apabila mengkritik kesalahan lirik Stacy ketika membawa lagu milik penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.
Untitled
Terbaru, ikon irama tradisional Malaysia, Noraniza Idris membidas kenyataan Hairul Anuar Harun apabila berkata, penulis tersebut sepatutnya tidak melatah akibat kesilapan Stacy kerana ia adalah lumrah dunia nyanyian.
Untitled
“Hanya kerana cara nyanyian dan silap kerana lupa lirik, itu dah ada dalam nyanyian live. Satu side lain kita perlu beri pujian kepada Stacy kerana dia isi setiap nyanyiannya dengan gaya persembahan yang bukan mudah orang nak buat.”
Ujar Noraniza menerusi laman sosial Facebook peribadinya, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan kerana ia menjejaskan maruah pihak kedua.
“Bagi saya semua orang berhak menyanyikan lagu tersebut yang hanya sebuah lagu traditional yang boleh dinyanyikan oleh siapa jua dengan cara tersendiri,” tambahnya. Mynewshub.cc
Noraniza Idris Bidas Penulis Lirik Cindai Kutuk Stacy Noraniza Idris Bidas Penulis Lirik Cindai Kutuk Stacy Reviewed by Admin on 19:32 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.