Kisah Benar Lelaki Tanggung Azab Tiga Tahun Cacah Tatu Di Dada
JAHA menunjukkan kesan melecur pada dadanya selepas ditekap dengan seterika untuk membuang tatu.
Kulaijaya: Akibat mencacah tatu di dada yang dijampi untuk kebal, seorang pemuda kini menanggung seksa sejak tiga tahun lalu apabila setiap hari bagaikan putus nyawa kerana dadanya panas, selain mencucuk-cucuk seperti ditikam pisau bertubi-tubi sehingga berasa jantungnya hampir pecah.
Pemuda yang berasal dari sebuah negeri di pantai timur yang mahu dikenali sebagai Jaha berusia 23 tahun itu mengakui sudah habis ikhtiar dan hanya berharap taubatnya diterima Allah SWT.
Katanya, pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan deritanya seperti berendam dalam air dan mandi ais, tetapi tidak berkesan.
"Baru-baru ini, kerana terlalu sakit saya minta rakan menekap seterika panas pada dada untuk menghilangkan kesan tatu. Sakit tidak terkata, pedih pada tatu itu seperti menghilangkan kepanasan seterika yang ditekap oleh rakan saya.
"Habis melecur dada saya, tetapi seperti tidak terasa kerana kesan panas dan mencucuk pada tatu itu lebih kuat," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.
Menurutnya, dia sendiri yang mencari 'bala' mencacah tatu untuk kebal selepas terlalu mengikut keinginan diri dan darah mudanya.
Katanya, dia mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya selepas mula berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan kemudiannya bekerja di sebuah bengkel selama dua tahun.
"Disebabkan sikap majikan yang sengaja melambatkan dan kadangkala tidak membayar gaji menyebabkan saya berhenti kerja. Untuk menampung hidup, saya mula melakukan jenayah seperti pecah rumah dan samun.
"Selepas itu pada usia 19 tahun, saya menyertai sebuah kumpulan kongsi gelap dan semakin liar," katanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Kisah Benar Lelaki Tanggung Azab Tiga Tahun Cacah Tatu Di Dada
Reviewed by Admin
on
19:50
Rating:
No comments: