Kisah Sebenar Ibu Bersama Bayi 7 Bulan Terjun Bangunan Di Kulim
Anggota PPKM cuba memujuk wanita yang mahu terjun dengan anaknya dari tingkat dua bangunan di Jalan Keladi.
Bekas Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu dia menerima panggilan orang awam menyatakan terdapat seorang wanita bersama anaknya cuba terjun dari sebuah bangunan.
"Saya kemudiannya mengarahkan ahli PPKM yang berada di sekitar Kulim ke tempat kejadian dan membantu menyelamatkan wanita berkenaan," katanya.
Difahamkan, wanita terbabit berdepan masalah rumah tangga.
"Apabila dipujuk, ahli PPKM, dua beranak itu dapat dibawa turun sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.
"Sebelum ini, wanita berkenaan juga difahamkan pernah beberapa kali bertindak sedemikian bagaimanapun diselamatkan orang ramai," katanya. Sinar Harian
Kisah Sebenar Ibu Bersama Bayi 7 Bulan Terjun Bangunan Di Kulim
Reviewed by Admin
on
09:05
Rating:
No comments: