Disaman Lebih Setengah Juta Oleh Bekas Pengurus, Ini Luahan Sedih Zizan Razak
Rasanya satu ketika dahulu, Zizan Razak dan Marina Juki telah memaklumkan kepada media yang mereka akan bersemuka untuk menyelesaikan kesemua masalah yang melanda. Setahu Abang Nara, tak ada sebarang berita mengenai pertemuan mereka dan tup-tup hari ini kita dikejutkan dengan tuntutan saman lebih daripada RM500,000 yang dikemukakan oleh Marina terhadap Zizan. Entah di mana silapnya, masalah yang boleh diselesaikan secara perbincangan kini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut.
Menerusi Berita Harian, Zizan memaklumkan yang dirinya tertekan dengan kes saman yang dihadapinya lebih-lebih lagi dengan pelbagai komitmen kerja yang perlu dilunaskan. Malah Zizan juga melahirkan rasa yakin bahawa tindakannya yang dilakukannya adalah tidak salah. Kata Zizan:-
Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian.Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.
Seperti yang dimaklumkan, perkara ini sudah pun menjadi kes mahkamah dan kita selaku peminat hanya mampu menunggu hari perbicaraan untuk mengetahui pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah. Semoga pihak yang benar akan memperolehi kemenangan. Sama-samalah kita nantikan. Beautifulnara com
Disaman Lebih Setengah Juta Oleh Bekas Pengurus, Ini Luahan Sedih Zizan Razak
Reviewed by Admin
on
15:16
Rating:
No comments: