Kerana Mengkritik Hotel Legoland, Nora Danish Dikecam Teruk Warga Johor
Kerana Mengkritik Hotel Legoland, Nora Danish Dikecam Teruk Warga Johor - Aktres jelita Nora Danish telah menerima kecaman daripada masyarakat di Johor gara-gara mengkritik kelemahan pihak pengurusan Hotel Legoland Resort Malaysia selepas kakak dan rakannya terperangkap dalam lif hotel tersebut selama satu jam.
Nora menjelaskan dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak dan kesal dengan sesetangah orang yang salah faham dengan tindakannya itu.
"Tujuan saya hanyalah untuk memberi iktibar dan pengajaran kepada pihak pengurusan hotel Legoland supaya memandang berat isu tersebut kerana ia melibatkan nyawa seseorang".
"Saya tidak mahu nama hotel tersebut dipandang serong oleh pengunjung terutamanya pelancong luar lagipun Legoland merupakan pusat tumpuan pelancong terkenal. Bagaimanapun saya sudah memuat naik kenyataan berhubung salah faham tersebut," ujarnya kepada Kosmo!.
Kerana Mengkritik Hotel Legoland, Nora Danish Dikecam Teruk Warga Johor
Reviewed by Admin
on
14:27
Rating:
No comments: