Kisah Benar, "Aku Terpaksa Bakar Cincin Dan Baju Pengantinku"

lelkais

Aku terpaksa bakar baju pengantin ini dan terpaksa hancurkan cicin pernikahan ini supaya kenangan tidak lagi di ingati,aku tak kuat nak tempuhi ,beratnya dugaanmu ya Allah” itulah luahan seorang lelaki yang tidak jadi kahwin dengan kekasihnya di bulan yang penuh dengan rahmat ini setelah di rancang sekian lama.

Sebelumnya di fahamkan kedu belah keluarga sudah menjatuhkan tarikh perkahwinan pasangan yang sudah pun menjalin hubungan kasih selama 9 tahun,entah bagai mana kisah cinta yang mereka jalin sekian lama akhirnya sirna bagai fatamorgana senja yang hiang dikala malam telah menjelang.

Bagaimanakah kisahnya, berikut luahan lelaki tersebut.

“Baju ni aku Tempah 2 bulan sebelum melangsungkan perkahwinan..dan 3 minggu dari tarikh kahwin,
Aku nak batalkan baju ni, sebab kami tak jadi kahwin…tunda raya cina

Tapi Tukang jahit cakap dah tak boleh batalkan kerana seluar dah siap…dan aku bgitahu ok..xpelah..jahitlah..

Baju ni aku buat Raya selama 3 hari 2 malam..tidur pun aku pakai baju ni..mana2 aku pergi..pakai baju ni..aku pakai sebab untuk beraya..

Hari ni aku terpaksa hapuskan/bakar..air mata ku mengalir tanpa bersuara ..Betapa sakitnya..pedihnya orang yg kita sayang, Ikhlas, jaga seperti nyawa sendiri..

9 tahun bukan senang nak jaga hubungan…semua dugaan, jalan berliku, susah sekali pun ku tempuhi berseorangan dan walaupun sikit aku tidak melibatkan keluarga aku dalam apa jua masalah..malah masalah Pertunangan pun aku selesai sorang tanpa melibatkan keluarga aku..hanya aku sorang tempuhi onak duri, maki hamun oleh keluarga cik Tunang..aku hanya bisa bersabar dan diam itulah yg terbaik buat aku”
Kisah Benar, "Aku Terpaksa Bakar Cincin Dan Baju Pengantinku" Kisah Benar, "Aku Terpaksa Bakar Cincin Dan Baju Pengantinku" Reviewed by Admin on 08:51 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.