Kurang Tawaran Berlakon, Elfaeza Ul Haq Kini Bekerja Sebagai Pencuci Karpet

Cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan bagi pelakon Elfaeza Ulhaq yang popular melalui drama Adam dan Hawa, dia seringkali diuji dengan rezeki lakonan namun memerlukannya untuk membuka hijab. Bagaimanapun perkara tersebut ditolak dengan baik olehnya.
“Saya akui memang kurang muncul di televisyen sejak bertudung kerana tawaran berlakon semakin berkurangan. Ada tawaran yang datang tapi kebanyakannya untuk drama berbahasa Inggeris yang memerlukan saya membuka hijab”
“Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya,” katanya.
Selain itu, pelakon ini juga menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia kini sibuk mengamalkan kerja amal sepanjang Ramadan seperti membersihkan karpet surau-surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Disebabkan banyak masa terluang saya bersama seorang rakan yang mempunyai syarikat mencuci karpet membuat kerja-kerja amal untuk cuci karpet surau. Bila surau bersih orang akan selesa untuk sembahyang dan buat apa-apa aktiviti di surau, namun kami juga memerlukan dana untuk melakukan aktiviti tersebut bagi yang bermurah hati untuk menderma,” ujarnya - Rotikaya.com
Kurang Tawaran Berlakon, Elfaeza Ul Haq Kini Bekerja Sebagai Pencuci Karpet Kurang Tawaran Berlakon, Elfaeza Ul Haq Kini Bekerja Sebagai Pencuci Karpet Reviewed by Admin on 15:09 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.