Bicara Kes Cerai ‘Skandal’ Muhyiddin Ditangguh

KUALA LUMPUR – Kes cerai membabitkan bekas pendakwa raya Stanley Clement Augustin dan isteri Nika Gee Siew Yee yang dituduh mempunyai skandal dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi, di sini, ditangguhkan.

Tarikh baharu bagi prosiding masih belum diputuskan sementara kedua-dua pihak mahupun peguam tidak hadir ke mahkamah pada pagi tadi.
Kes dibacakan di hadapan hakim Datuk Siti Mariah Ahmad.
Augustin memfailkan perceraian pada tahun lalu selepas menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit.
Pada 7 Disember 7 2015, Augustin melakukan pengisytiharan statutori (SD) menuduh isterinya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang ‘figura politik terkenal dari Johor’.
Bicara Kes Cerai Skandal Muhyiddin Ditangguh, Tun M Jadi Dalang?
Bicara Kes Cerai Skandal Muhyiddin Ditangguh, Tun M Jadi Dalang?
PENGISYTIHARAN STATUTORI YANG DIBUAT SUAMI NIKA GEE, STANLEY CLEMENT AUGUSTIN MENGENAI HUBUNGAN SULITNYA DENGAN MUHYIDDIN.
Dalam pengishtiharan tersebut, dinyatakan bahawa Nika telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada ahli politik itu.
Muhyiddin, bagaimanapun, telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan reputasinya.
Kes skandal Muhyiddin bersama isteri orang ini, mula menjadi topik hangat selepas didedahkan Raja Petra Kamaruddin menerusi portal Malaysia Today.net.
Dalam artikel yang tersiar, didedahkan akuan sumpah yang menyebut tentang bayaran RM20,000 diterima Nika setiap bulan, RM5 juta yang dibayar kepada Nika di Singapura, projek Kompleks Sukan Kampung Pandan dan beberapa lagi ganjaran yang menguntungkan wanita itu dalam jangka masa panjang.
Dalam pada itu artikel Raja Petra berjudul Mahathir Steps Into The Divorce Storm bertarikh 15 Jun lalu, turut meramalkan bahawa prosiding kes perceraian Nika dan suaminya pada hari ini akan ditangguhkan supaya pihak terlibat mempunyai lebih masa untuk membincangkan perjanjian ‘bawah meja’ bagi menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.
Apakah lelaki seperti ini yang mahu dijadikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri proksi selepas ‘berjaya’ gulingkan Najib?
Jika benarlah dakwaan Tun M bahawa beliau mengamalkan politik bersih-skandal semasa pemerintahannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri dahulu, maka Tun sebenarnya telah termakan kata-katanya sendiri: nepotisme juga merupakan satu langkah politik kotor, terutama apabila merancang melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri proksi supaya Mukhriz boleh jadi Timbalan Perdana Menteri. – MYNEWSHUB.CC
Bicara Kes Cerai ‘Skandal’ Muhyiddin Ditangguh Bicara Kes Cerai ‘Skandal’ Muhyiddin Ditangguh Reviewed by Admin on 14:32 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.