Bayi Otak Luar Tengkorak, Kini Membesar Dengan Sihat
KETIKA baru dilahirkan, Isabella Grote terpaksa mengalami penderitaan yang amat berat sekali iaitu keadaan di mana otaknya membesar di bahagian luar tengkorak.
Peluang untuk Isabella hidup ketika itu adalah sangat tipis kerana doktor bimbang dia tidak mampu bernafas dengan sendiri.
Malah ibu bapanya, Sharlotte, 40, dan Jim, 49, yang berasal dari North Dakota telah diminta oleh doktor supaya bersedia dengan segala kemungkinan dan jika Isabella dapat meneruskan hidup, dia mungkin akan kehilangan upaya.
Keadaan yang dialami oleh Isabella itu telah dikesan ketika dia masih dalam kandungan ibunya dan penyakit itu dikenali sebagai encephalocele.
Disebabkan keadaan itu, ibu bapanya pernah merancang upacara pengebumian meskipun bayi mereka belum dilahirkan.
Bagaimanapun Isabella terus bertahan dan ketika berusia tiga hari, doktor telah menjalankan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya dengan membuang kantung mengandungi otak itu dan memasukkan sebahagian kecil otak ke tempat asalnya.
Dengan kuasa Tuhan, pada usia sembilan bulan, Isabella sudah boleh duduk dengan sendiri dan ketika berusia 18 bulan, dia sudah belajar berjalan.
Kini, Isabella sudah berusia empat tahun dan dia mampu melakukan sesuatu yang sukar dijangkakan sebelum ini, iaitu berjalan dan bercakap. – Mynewshub.cc
Bayi Otak Luar Tengkorak, Kini Membesar Dengan Sihat
Reviewed by Admin
on
11:19
Rating:

No comments: