Muslimah Tayang Paha Gebu Cuba Tarik Perhatian Abam Polis


Bertudung litup tapi pakaian yang dipakai minah tu telah mencacatkan penampilannya sebagai seorang muslimah! Korang perhatikan gambar tu dengan jelas dan cuba cari bahagian mana yang dah mencacatkan penampilan minah tu??

Kalau korang tak nampak tu.., Miss rasa lebih baik korang cepat-cepat pergi mendapatkan rawatan pakar mata yer, agaknya mata tu ada masalah nampaknya..

Jelas sangat ‘pemandangan’ buruk yang ditayang oleh minah tu! Apalagi, bahagian bawahnya tu lah! Amboiii! Kain yang dipakai tu baik punya terbelah hingga atas paha! Kalau kain tu terselak, boleh lah 'faham' lagi noh..

Apa yang Miss tak faham tu, kenapa dia membiarkan saja kainnya mendedahkan kaki dia baik punya macam tu yer?? Motif? Minah tu nak menggoda abam polis disebelahnya tu ke??

Haishhh! Teruk betoiii perangai! Kalau macam tu lah gayanya berpakaian, Miss cadangkan dia bogel terus jer lah.. Ataupun tanggal jer tudung tu daripada merosakkan imej wanita bertudung!

Baju yang dipakai pun ketat dan jarang menampakkan apa yang tak patut, lepas tu bahagian bawah pulak terdedah luas macam tu.. Ini apa punya ‘style’ menutup aurat lah noh??

Agaknya minah tu mesti bertudung gara-gara mengikut trend semata-mata, betul tak?? Bukannya ikhlas untuk menutup aurat pun.. Hah, inilah jadinya kalau tak ikhlas menutup aurat!

Kalau dia merasakan menutup aurat tu adalah satu kewajipan, tak adanya dia berpakaian menjolok mata macam tu dengan selamba.. Speechless betoi lah dengan orang macam tu.. Kalau lah ramai yang berperangai macam tu, jahanam habis!

Pakat ramai dok ‘menutup aurat’ hanya semata-mata mengikut ‘trend’.. Sempurna ke tidak cara dorang menutup aurat tu, itu dorang dah tak peduli.. Janji dorang berasa puas apa yang dorang pakai dan mengikut perkembangan semasa.. Itulah yang terjadi dikalangan orang sekarang, huh! - MissHana/Utaranews.com
Muslimah Tayang Paha Gebu Cuba Tarik Perhatian Abam Polis Muslimah Tayang Paha Gebu Cuba Tarik Perhatian Abam Polis Reviewed by Admin on 21:28 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.