Zara Dedahkan Lagi Identiti Datuk Yang Berhutang Dengannya
MASIH ingatkah anda dengan pelacur bernama Zara XXX yang sebelum ini pernah menggemparkan negara dengan aktiviti pelacuran yang dijalankannya secara terbuka di media sosial.
Pendedahan aktiviti tidak bermoral yang dilakukannya demi mencari sesuap rezeki mula dihebahkan selepas Zara mengambil keputusan mendedahkan identiti Datuk yang melanggannya tapi tak habis melunaskan hutang mereka terhadap perkhidmatan yang sudah diberikannya.
Terbaharu gadis berbadan gebu ini sekali lagi mendedahkan identiti seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang masih lagi berhutang sebanyak RM5,000 dengannya.
Segala perbualan lucah yang dibualkannya bersama lelaki bergelar Datuk R itu dipaparkan menerusi laman blognya, The Diary of Black Widow.
Menurut Zara, Datuk R yang mengakui dirinya merupakan seorang bujang telah mengugut Zara walaupun yang berhutang dengannya adalah Datuk itu sendiri.
Tidak takut dengan ugutan Datuk itu, Zara pula memainkan peranannya dalam ‘permainan’ ugut-ugutan ini apabila dia mengugut untuk mendedahkan kelibat Datuk itu yang pernah berkunjung ke kediaman mewah wanita itu menerusi kamera litar tertutup di kawasan kejiranannya.
Nah bacalah sendiri perbualan ‘jijik’ di antara Zara dan pelanggannya yang dikatakan masih lagi berhutang dengan dirinya. – MYNEWSHUB.CC
Rakaman Zara XXX Berurusan Dengan Pelanggan – Bhg 1
Komen
Zara Dedahkan Lagi Identiti Datuk Yang Berhutang Dengannya
Reviewed by Admin
on
19:06
Rating:
No comments: