Kes Dera Budak Sampai Patah 13 Tulang, Ini Ke Wajah Durjana Itu?

Susulan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang yang disyaki dilakukan ibu tiri mangsa, beberapa keping foto disebarkan seorang pengguna yang mendakwa imej individu tersebut merupakan si pelaku.
Melalui laman Facebook Sheila Khan, wanita tersebut memuat naik lima keping foto beserta kapsyen mendakwa wanita tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap derita yang ditanggung kanak-kanak dikenali sebagai ‘Yaya’.

Remuk Hati Ibu, Yaya Didera Sampai Patah Tulang

Tulisnya, “Nie la mak tiri durjana…Tak padan dengan rupa…Tapi hati macam iblis…
“Saya open this post untuk public…sapa2 nak share…silakan…skrg laki bini nie dah melarikan diri…”
IMG-20150628-WA0007
Walaupun ramai memberi reaksi mengkritik wanita dalam gambar itu, namun, ada segelintir yang mengharapkan agar pihak berkenaan tidak bertindak melulu dengan menuduh dia menjadi dalang kepada keadaan kanak-kanak berkenaan.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum memberi reaksi berkenaan status Facebook tersebut.
Melalui laporan media hari ini, seorang kanak-kanak dilaporkan cedera parah apabila 13 tulangnya patah akibat didera. Lebih memilukan, dia dikatakan terpaksa menempuhi saat-saat malang tersebut hampir enam bulan sebelum diambil ibu kandungnya.
Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Kes Dera Budak Sampai Patah 13 Tulang, Ini Ke Wajah Durjana Itu? Kes Dera Budak Sampai Patah 13 Tulang, Ini Ke Wajah Durjana Itu? Reviewed by Admin on 14:54 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.