"Jari tengah untuk ayahanda"


KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki memuat naik gambar ikon popular Facebook, Ayahanda Rani Kulup, dengan salam jari tengah kerana tidak berpuas hati Mastika menjadikan lelaki itu sebagai bahan kandungan dalam majalah rakyat itu.

"Jilake la ko yah, aq (aku) bru bce kisah ko dlm mastika. Salam jari tengah untk ko yah. Kipidap!, kata Muhammad Fitri yang mendapat 239 like di Facebook.

Ayahanda yang terbaca comment remaja itu segera membalasnya.

"Kuku hitam, tersepit pintu ke jilake," katanya yang mendapat 358 like lebih banyak dari remaja berkenaan.


Berang dengan Ayahanda yang menghina kukunya itu, Fitri membalas lagi, tetapi kali ini dia ternyata terasa dengan kenyataan itu.

"Ko ni bute warne ke hape yah?? Tak dapat bezakan warne itam ngan warne kuning langsat ke?? Lanjiau la ko yah," katanya. 

Bagaimanapun, pertelagahan mereka berdua itu hanya mengundang gelak ketawa peminat Ayahanda Rani Kulup yang rata-ratanya menyokong kenyataan sarkastik kaki report polis berkenaan.

Tidak dinafikan, populariti Ayahanda Rani Kulup, semakin naik dengan menerima pelbagai jemputan termasuklah menjadi pelakon dan terbaru dijemput oleh stesen radio Sinar.FM.

Sudah menjadi lumrah orang yang popular akan dibenci segelintir orang. Namun, usahlah diganggu, dicerca dan dihina kerana beliau tidak pernah lagi menganggu orang. 

Tambahan pula, sudah tertulis rezeki Ayahanda Rani Kulup begitu. Jadi, eloklah netizen sekadar melayan saja karenah beliau. 


Berbanding dengan ikon-ikon popular Facebook seperti Sultan Melaka, Raja Nusantara, Raja Bomoh dan yang lain, Ayahanda Rani Kulup merupakan ikon Facebook yang paling cepat melonjak popularitinya. - THEHYPEMEDIA.COM
"Jari tengah untuk ayahanda" "Jari tengah untuk ayahanda" Reviewed by Admin on 10:17 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.