Lari 800m pegang kemaluan
Foshan (China): Seorang ahli perniagaan di sini terpaksa berlari sejauh 800 meter untuk ke sebuah klinik selepas kemaluannya dipotong bekas isterinya.
Alat sulit Hong Shih, 38, dipotong bekas isterinya selepas wanita itu berang akibat diceraikan.
Shih, 38, berkata, kejadian itu berlaku ketika bekas isterinya, Fu, 35, datang ke rumahnya bagi berbincang mengenai anak mereka selepas mereka bercerai baru-baru ini.
Katanya, ketika kejadian dia berada di dapur sedang membancuh teh sambil menerangkan kepada bekas isterinya bahawa dia tidak mahu lagi bersama semula kerana mereka sering bertengkar.
“Secara tiba-tiba bekas isteri saya menarik seluar saya hingga terlondeh.
“Saya berpaling ke depan dan cuba menarik seluar saya semula tetapi Fu terus memegang kemaluan saya dan memotongnya,” katanya.
Menurutnya, selepas memotong kemaluannya Fu menjerit: “Saya tidak mahu lihat kamu dengan orang lain. Jika saya tidak boleh memiliki kamu, tiada orang yang boleh.” - Agensi
Lari 800m pegang kemaluan
Reviewed by Admin
on
10:13
Rating:
No comments: