Kaka Azraff Nafi Jadi Punca Perpisahan Hubungan Tasha Shila Dan Kekasih
Angin tiada ribut tiada, tiba-tiba nama Kaka Azraff dikaitkan dengan keretakan perhubungan Tasha Shila dan kekasihnya, Hans. Lebih mengejutkan apabila Kaka didakwa merampas Hans daripada Tasha Shila. Tambah dramatik, hubungan Kaka dan Tasha dikatakan amat rapat sebelum ini. Namun kerana perbuatan ini, Kaka telah dicop sebagai perampas dan dibuang daripada kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada rakan-rakan artis. Pergh!!! Macam drama Melayu sungguh. Tapi betul ke Kaka telah merampas Hans daripada Tasha Shila?
Kaka Azraff apabila ditanya tentang desas-desus ini ternyata terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan. Berjumpa pun hanya sekali, tup-tup macam mana boleh buat ‘rampasan’ sebegini. Kata Kaka:-
Persoalannya sekarang adalah kenapa Kaka dikaitkan dalam cerita ini? Apa yang boleh saya katakan, saya tidak ada kena mengena langsung dalam hal mereka.Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini. Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka.Saya pernah terserempak dengan mereka bersama hanya sekali di sebuah majlis. Itu saja dan kami OK saja. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya.Saya harap mereka dapat selesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain
Hmmmmm. Kalau Abang Nara jadi Kaka, memang terkejut juga dibuatnya. Tiba-tiba nama terpalit. Lagipun kekasih Tasha Shila bukanlah anak Tan Sri, Datuk, Menteri sehingga layak menjadi rebutan di kalangan kawan-kawan. Bukan mahu memperkecilkan Hans, namun rasanya tak berbaloi putus sahabat hanya kerana seorang lelaki. Diharap Kaka bertabah. Biasalah dugaan sebegini. Bagi Abang Nara, Tasha Shila harus tampil menjelaskan keadaan. Jangan berdiam diri sehingga nama orang lain turut sama terbawa di dalam percintaan anda.
Kaka Azraff Nafi Jadi Punca Perpisahan Hubungan Tasha Shila Dan Kekasih
Reviewed by Admin
on
10:51
Rating:
No comments: