Masyahallah... Inilah Padahnya Tidak Memakai Safety First Ketika Bekerja...
MUKAH: Tiga pekerja warga asing, masing-masing seorang warga Bangladesh dan dua warga India, ditemui mati dipercayai selepas terhidu gas beracun ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dalam penyedut pasir dalam sebuah tongkang di Kuala Balingian, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi tadi, Mohd Abd Kallam, 43, bersama dua rakan sekerjanya, Rama Krishnan, 20 dan Selvi Nikihil, 25, memasuki dek tongkang berkenaan tanpa sebarang peralatan keselamatan bagi menyelenggarakan peralatan menyedut pasir sebelum tiba-tiba pengsan selepas terhidu gas beracun.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufiyan Borhan ketika mengesahkan kejadian, berkata hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mangsa lemas akibat terhidu gas karbon monoksida atau ammonia.
"Pekerja tongkang lain menyedari mangsa lemas apabila mereka tidak memberikan maklum balas apabila dipanggil dan segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
"Anggota penyelamat terpaksa menggunakan alat penafasan dan tali untuk mengeluarkan mayat mangsa. Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 3.40 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.45 petang," katanya ketika dihubungi petang tadi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.45 pagi dan jarak balai bomba ke lokasi kira-kira 174 kilometer menyebabkan pasukan penyelamat hanya tiba di lokasi kejadian pada jam 3 petang.
"Kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk tindakan selanjutnya dan ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Mukah untuk bedah siasat," katanya.
Farhan berkata, bomba masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi memastikan dek tongkang berkenaan bebas dari gas beracun sebelum membenarkan kerja-kerja penyelenggaraan disambung semula. BHaRIAN ONLINE
Masyahallah... Inilah Padahnya Tidak Memakai Safety First Ketika Bekerja...
Reviewed by Admin
on
23:18
Rating:
No comments: