Ibu Zizan Razak Sedih Anak Difitnah Teruk, Anggap Satu Pembohongan Besar

Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri tidak habis-habis menjadi mangsa tohmahan masyarakat malah dalam masa yang sama tidak habis-habis dihurung kontroversi.

Berita Harian hari ini melaporkan mengenai luahan hati ibu Zizan Razak, Anai Ibrahim yang sedih dengan perkara yang menimpa anaknya.

Baca: Zizan Disayangi Orang Kuat Stesen TV Punca Emma Maembong Merajuk ?

“Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata. Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan)”

“Macam ibu cakap tadi ada banyak lagi gambar orang lain (termasuk peminat perempuan) bersama Zizan dan ibu, tapi kenapa dia yang dijadikan sasaran untuk buat cerita begitu?”

“Anak ibu itu artis jadi sudah tentu ibu tahu kesannya jika buat perkara (muat naik gambar dan status) begitu. Takkan ibu tak boleh fikirkan benda yang tak cerdik macam itu sampai begini kesannya?” jelas ibu Zizan.


Selain itu, ibunya juga turut memberitahu bahawa Zizan tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap wanita tersebut dan hanya bekerja di atas dasar profesionalisme. Rotikaya.com
Ibu Zizan Razak Sedih Anak Difitnah Teruk, Anggap Satu Pembohongan Besar Ibu Zizan Razak Sedih Anak Difitnah Teruk, Anggap Satu Pembohongan Besar Reviewed by Admin on 15:55 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.