Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri

Pencipta dan penggubah lagu Saari Amri baru-baru ini telah mengaitkan nama  Datuk Siti Nurhaliza dan Zamani pada komen di Facebooknya (FB).

Menerusi komen Saari, dia menulis "Ct Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam tu."

Komen tersebut juga telah menimbulkan tanda tanya dikalangan rakan-rakan FBnya kerana cara penulisan Saari itu seolah-olah cuba memberitahu Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani berkeadaan sedemikian sekarang.

Apa tujuan Saari berkata demikian dan mengapa dia mengaitkan penyanyi nombor satu negara itu dengan bekas vokalis kumpulan Slam, tidak pula Astro Gempak ketahui.

Bagaimanapun Astro Gempak merasakan mungkin Saari ada sebab tersendiri ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.






Kenyataan Saari Amri yang menjadi tanda tanya.



 




 
Jangan pula menyalahkan sesiapa apabila kenyataan tersebut menjadi viral, kerana pada zaman celik IT ini apa sahaja perkongsian pasti menjadi perhatian lebih-lebih lagi apabila melibatkan nama-nama popular.

Mungkin ada penjelasan daripada Saari atau Siti Nurhaliza mengenai perkara ini?

Pada Rabu lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita penahanan penyanyi popular era 90-an kerana positif dadah jenis Heroine.

Penyanyi tersebut ialah Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam yang ditahan bersama seorang wanita dikediamannya.

Zamani ditahan reman selama empat hari bermula Rabu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952. 
Baca maksud sebenar Saari di Astro gempak
Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri Siti Nurhaliza Tahu Kenapa Zamani Jadi Begitu - Saari Amri Reviewed by Admin on 13:57 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.