Seks Sebelum Nikah punca Wanita Sukar Orgasme ?



Seks sebelum nikah

Didalam Ajaran agama, budaya, dan norma tertentu, seks luar nikah merupakan sebuah hal yang bertentangan. Namun, kenyataanya hal tersebut tidak menghentikan sejumlah orang untuk melakukannya, baik tanpa keselamatan (kondom) dan menggunakan keselamatan. Hasilnya, dari masa ke masa jumlah pesakit yang berpenyakit yang disebarkan melalui hubungan seksual terus meningkat.

Ternyata, selain merugikan kesihatan, menurut sebuah kajian, seks luar nikah cenderung merugikan pihak wanita.Hasil kajian mengatakan bahawa wanita tidak mendapat manfaat atau kenikmatan yang setara dengan lelaki.

Kajian yang telah dibentangkan dalam mesyuarat Tahunan International Academy of Sex Research ini, menyajikan maklumat bahawa wanita yang terbiasa melakukan seks luar nikah yang kerap sukar mencapai orgasme / kepuasan berbanding semasa mereka melakukannya dalam ikatan perkahwinan dengan pasangan rasmi. Keadaan yang demikian tidak dialami oleh lelaki. Umumnya, seks luar nikah atau seks dalam perkahwinan, dinikmati oleh lelaki dengan kepuasaan seksual yang sama.

Profesor Neuroendokrinologi Emory University, Kim Wallen, menjelaskan, di zaman sekarang di mana kebebasan seksual merupakan sebahagian daripada gaya hidup, banyak pasangan memilih melakukan aktiviti seks tanpa komitmen jangka panjang, padahal level kepuasan yang diperoleh lebih menguntungkan LELAKI.

Selanjutnya, Wallen mendedahkan, kajian yang melibatkan 600 pelajar ini mendapati bahawa responden wanita yang mengaku merasakan orgasme dari seks sebelum kahwin hanya setengah dari mereka yang mengatakan baru meraih orgasme saat bercinta dengan suami selepas rasmi berkahwin.
Para penyelidik pun akhirnya menyimpulkan, keadaan sukar orgasme yang dirasakan saat berhubungan seks luar nikah disebabkan wanita merasa segan dan malu untuk mengatakan keinginannya agar merasakan kenikmatan bercinta.

Sumber : www.nytimes.com

Seks Sebelum Nikah punca Wanita Sukar Orgasme ? Seks Sebelum Nikah punca Wanita Sukar Orgasme ? Reviewed by Admin on 18:51 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.