QZ8501: Penyiasat Harap Dapat Petunjuk Daripada Kotak Hitam Pesawat

JAKARTA: Penyiasat Indonesia mula memeriksa perakam kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini dan berharap siasatan itu mampu memberi petunjuk awal mengenai punca sebenar nahas berkenaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Anggota penyelam menemui perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat berkenaan, kelmarin.

Penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang termasuk anak kapal itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Perakam berkenaan diangkat naik dari dasar Laut Jawa dan dihantar ke ibu negara, Jakarta untuk dianalisis.

Kotak hitam dan perakam suara kokpit berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan baik.

"Dalam seminggu ini, saya fikir kita akan memperoleh bacaannya," kata ketua penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC), Mardjono Siswosuwarno.

Kotak hitam berwarna oren itu mengandungi pelbagai data penting kepada penyiasat untuk mengumpul kronologi dan maklumat yang mampu membawa kepada penemuan punca sebenar pesawat A320-200 itu terjunam ke dalam Laut Jawa.

Perakam data penerbangan itu hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk dimuat turun tetapi penyiasat kini perlu menganalisis sehingga 25 jam data dan beberapa ribu parameter penerbangan termasuk kelajuan penerbangan, ketinggian, penggunaan bahan api, perubahan tekanan udara dan input kepada menara kawalan.

"Kami berasa lega tetapi masih banyak kerja yang menanti untuk dianalisis," kata Siswosuwarno.

Pasukan penyiasat dijangka mula memuat turun data daripada perakam suara kokpit lewat hari ini, dengan mengekalkan perbualan dua jam terakhir antara juruterbang dan pengawal trafik udara.

Sebagai prosedur standard, NTSC akan memfailkan laporan awal yang akan diumumkan kepada orang ramai, kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam tempoh 30 hari.

Bagaimanapun, laporan lengkap mengenai nahas berkenaan dijangka akan selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun, katanya.

Selepas penemuan dua kotak hitam itu, pasukan BASARNAS Indonesia dijangka mengkoordinasi semula operasi mencari dan menyelamat di Laut Jawa.

Setakat ini, sebanyak 48 mayat sudah ditemui di Laut Jawa dan dibawa ke Surabaya untuk proses pengecaman. - Reuters


QZ8501: Penyiasat Harap Dapat Petunjuk Daripada Kotak Hitam Pesawat QZ8501: Penyiasat Harap Dapat Petunjuk Daripada Kotak Hitam Pesawat Reviewed by Admin on 15:37 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.