Payudara Besar,Tuah Atau Sumpahan?
Umumnya tahu, payudara wanita Asia sememangnya kecil namun adakah ia sesuatu yang patut dimalukan? Memang tak dapat dinafikan saiz payudara seseorang dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita itu. Dalam dunia hiburan pula, memiliki keindahan tubuh yang cantik dan payudara yang menggiurkan tentulah 'pakej' untuk meningkatkan nama dalam industri. Sebagai contoh seperti artis Vietnam, Elly Tran ha, meningkat naik dengan mendadak hanya kerana 'tuah' memiliki payudara besar.
Jadi adakah memiliki payudara besar tuah? atau sumpahan?
#3 - Sebagai Agen Pemanas
tatkala anda kesejukan kerana hujan ataupun berada di bilik 'chiller', anda sebenarnya memiliki salah satu agen pemanas yang paling best sekali. Semakin besar saiz payudara anda, semakin ia boleh dijadikan sebagai agen pemanas. Tuah untuk anda yang memiliki agen pemanas ini. Anda dapat menahan kesejukkan.
#2 - Tempat penyimpanan barang
Bayangkan anda di pawagam ingin menonton wayang. Tapi papan tanda 'dilarang membawa makanan dari luar' terpampang besar di sekitar pawagam tersebut. Jadi, inilah masanya anda sorokkan bungkusan coklat kegemaran anda. LadyLista yakin, tiada siapa yang perasan. #Tuah
#1 - Bantal empuk suami dan anak-anak
Disaat mereka dahagakan kasih sayang anda, tentunya payudara yang besar dapat memberi keselesaan yang berganda kepada mereka dan seterusnya meningkatkan lagi darjah kesayangan mereka pada anda
Sumpahan
(**sumpahan yang LadyLista maksudkan adalah kesukaran yang dialami oleh setiap wanita berpayudara besar**)
#3 - Gegaran berganda
Jadi ini sememangnya masalah yang paling ketara bagi mereka yang memiliki payudara besar. Di saat anda bersukan contohnya berjoging, mungkin gegaran payudara anda seakan memuncak-muncak padahal anda hanya melakukan larian kecil sahaja. Bayangkan jika anda masuk larian pecut, tak dapat LadyLista bayangkan, mungkin payudara anda penyebab anda kalah.
#2 - Mencacatkan pemandangan sekeliling
Jadi memiliki payudara besar memang jelas mencacatkan pemandangan sekeliling, bayangkan anda memakai baju berpotongan leher yang besar, anda akan mencacatkan pemandangan lelaki lain kerana mata mereka anda tertancap pada anda. Jadi hati-hati memilih baju yang sesuai untuk anda yang memiliki payudara besar.
#1 - Menyukarkan aktiviti harian
Ini memang benar, antara keluh kesah yang LadyLista terima bagi mereka yang memiliki payudara besar adalah aktiviti yang terbatas. Bayangkan jika anda peminat gitar, anda tentukan perlu 'adjust' sedikit kedudukan payudara anda dengan gitar agar anda dapat bermain dengan selesa.
Jadi adakah payudara anda suatu tuah atau sumpahan? Anda tentukan sendiri. Sumber
Payudara Besar,Tuah Atau Sumpahan?
Reviewed by Admin
on
13:14
Rating:
No comments: