Latar Belakang Vokalis Caliph Buskers Digali Peminat Hiburan


TERASA masih terngiang-ngiang nyanyian lagu Roman Cinta yang dibawa oleh Mojo featuring Caliph Buskers  dalam Anugerah Juara Lagu Ke-29 malam tadi.
Tidak hairanlah mengapa persembahan luar biasa ini berjaya mencuri tumpuan peminat hiburan hingga dinobatkan sebagai persembahan terbaik dalam anugerah penuh berprestij tersebut.
AJL29: Idea Edry Satukan Mojo Dan Caliph Buskers Menjadi...!
Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan perasaan kagum akan bakat kumpulan musik orang kurang upaya (OKU) ini hingga nama Caliph Buskers mula meniti di bibir-bibir peminat hiburan dan menjadi viral di media sosial.
Sementara itu, pastinya vokalis Caliph Buskers yang menyanyikan lagu Roman Cinta dalam pertandingan AJL29 semalam dibongkar dan digali kisahnya gara-gara ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut perihal insan teristimewa ini.
Menurut sumber tertentu, vokalis yang bernama Azmi Saat ini merupakan seorang anak peneroka Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.
Malah, gambar Azmi sedang mendukung anak kecil bersama seorang wanita yang dipercayai keluarganya turut dikongsi di media sosial.
10922460_809260992453309_9180807558991954336_n
Seperti diketahui umum, beliau yang bersama Caliph Buskers sering kali membuat persembahan jalanan berdekatan Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan Tar), KlCC dan beberapa kawasan pusat tumpuan awam di Kuala Lumpur.
Meskipun mempunyai kekurangan diri kerana tidak mampu melihat, ramai yang mengakui penyanyi lelaki itu mempunyai anugerah tidak ternilai kerana suara yang dimiliki amatlah luar biasa hingga membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya meremang bulu roma kerana terpegun.
Kesungguhan persembahan yang dibawa semalam jelas membuktikan vokalis dan kumpulannya Caliph Buskers mampu mengorak langkah maju dalam industri hiburan.
Malah dengar-dengarnya syarikat KRU mempunyai perancangan tertentu bagi kumpulan ini agar bakat mereka dapat diperkembangkan dalam industri seni.
AJL29: Idea Edry Satukan Mojo Dan Caliph Buskers Menjadi...!
Kita doakan moga kumpulan Caliph Buskers terus maju dalam apa yang diceburi.- MYNEWSHUB.CC
Video Nyanyian Kumpulan Caliph Busker
Latar Belakang Vokalis Caliph Buskers Digali Peminat Hiburan Latar Belakang Vokalis Caliph Buskers Digali Peminat Hiburan Reviewed by Admin on 18:12 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.