Kenapa Paris Hilton Teruja Datang Malaysia Buat Kali Pertama?

SEBUT sahaja nama selebriti Hollywood Paris Hilton, apa yang tergambar adalah kehidupan mewahnya, kontroversi yang melanda serta kegemarannya bersosial.
Begitu pun Paris mempunyai peminat tersendiri termasuklah di negara ini.
Justeru berita baik buat mereka, bintang program realiti TV The World According To Paris ini sudah pun berada di Malaysia.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Paris menerusi laman Instagram peribadinya semalam.
download (1)
Paris yang juga pewaris rangkaian hotel Hilton, memaklumkan kedatangannya buat kali pertama ke negara ini beserta gambarnya dalam suite kelas satu pesawat Emirates yang melakukan penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur.
download
“Bye Dubai! Taking off to Kuala Lumpur! Can’t wait to go to Malaysia for my first time!”
Paris ke sini bagi memenuhi jemputan Empire City yang menganjurkan konsert Party Of Century di Damansara Perdana, pada Jumaat.
Selain Paris kumpulan pop Korea 2AM dan Taboo daripada Black Eyed Peas turut membuat persembahan di konsert yang bermula lewat petang ini.
Apa lagi… inilah peluang peminat Paris bertemu selebriti seksi ini. Kot dapat peluang bergambar selfie sekeping dua dengan dia cukuplah, ye dak? -MYNEWSHUB.CC
Kenapa Paris Hilton Teruja Datang Malaysia Buat Kali Pertama? Kenapa Paris Hilton Teruja Datang Malaysia Buat Kali Pertama? Reviewed by Admin on 14:51 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.