QZ8501 : Objek Serpihan Pesawat AirAsia Mula Dikesan ?

Objek panjang berwarna jingga yang dikesan terapung di laut ketika operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang Ahad lepas. 
Laporan terkini menunjukkan beberapa objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat dikatakan ditemui dalam operasi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak awal pagi Ahad lepas.
“Kami telah mengesan 10 objek besar dan beberapa objek kecil berwarn putih yang tidak berjaya dirakamkan gambarnya.
“Lokasinya ialah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan oleh radar,” kata sumber Tentera Udara Republik Indonesia Agus Dwi Putranto dalam sidang media hari ini.
Beliau menunjukkan 10 gambar objek yang mirip bentuk sebuah pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan sebuah objek bersegi empat.
Seorang jurugambar AFP yang menaiki pesawat pencarian itu turut menemui serpihan objek seperti rakit keselamatan, jaket keselamatan dan tiub berwarna jingga yang panjang.
Sebuah pesawat pencarian juga mengeasan serpihan objek kira-kira 169km dari Pangkalanbun, dan kini helikopter dihantar ke kawasan itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.
Menurut Dwi Putranto lagi, rupa objek-objek berkenaan adalah objek yang luar biasa untuk ditemui di atas permukaan laut.
Pesawat mencari dikatakan terbang hanya setinggi 500 kaki di atas paras laut dalam operasi berkenaan.
Serpihan itu dikatakan dalam kawasan seluas 10 km persegi ke 20km persegi arah timur di mana pesawat QZ8501 kali terakhir dikesan pergerakannya.
Pesawat itu ketika kejadian membawa 162 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura.
Ia dilaporkan hilang pada pukul 7.24 pagi Ahad lepas selepas terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Video Berita Indonesia Tentang Kehilangan Pesawat QZ8501


QZ8501 : Objek Serpihan Pesawat AirAsia Mula Dikesan ? QZ8501 : Objek Serpihan Pesawat AirAsia Mula Dikesan ? Reviewed by Admin on 15:22 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.