Nenek Penyanyi No.1 Negara, Datuk Siti Nurhaliza Naik Bot Ke Hospital (2 Gambar)


Nenek penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Teh Te’ek yang berusia 90 tahun terpaksa menaiki sebuah bot selepas jalan raya ke Hospital Kuala Lipis, Pahang digenangi air akibat banjir tengah hari semalam.

nenek siti nurhaliza naik bot ke hospitalTeh dibantu ibu Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik, adik lelakinya, Mohd. Ali, dan beberapa penduduk kampung menaiki bot tersebut di Batu Dua, Kuala Lipis bagi membawanya menjalani rawatan dialisis.

Bercakap kepada Kosmo! Siti Nurhaliza memberitahu, kediaman keluarganya yang terletak di Taman Pertama, Sungai Kerpan tidak dilanda banjir.

“Ini merupakan kali pertama nenek terpaksa menaiki bot ke hospital. Pada awalnya, mereka menaiki kereta. Bagaimanapun, beberapa jalan utama ke bandar, air naik begitu tinggi menyebabkan mereka terpaksa menaiki bot dengan dibantu orang ramai. Selepas itu, mereka menyambung menaiki kereta ke Hospital Kuala Lipis,” katanya - Kosmo Online



Nenek Penyanyi No.1 Negara, Datuk Siti Nurhaliza Naik Bot Ke Hospital (2 Gambar) Nenek Penyanyi No.1 Negara, Datuk Siti Nurhaliza Naik Bot Ke Hospital (2 Gambar) Reviewed by Admin on 09:12 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.