Najib Tidak Perlu Hantar Bunga Emas Kepada Obama


Najib juga tidak perlu minta ampun atau mendapat persetujuan Obama untuk memerintah negara

PETALING JAYA: Wartawan Veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin mendakwa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara adalah untuk meminta ampun setelah beliau dibelasah oleh diplomat dan media massa Amerika kerana membatalkan cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan.

The Washington Post semalam melaporkan, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.

Tulisan terbaru bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times dalam entri terbaru kadirjasin.blogspot.com. berkata Najib tidak perlu minta ampun atau minta persetujuan Obama atau mana-mana pemimpin dunia untuk memerintah negara.


“Apakah zaman menghantar bunga emas kepada kuasa besar berulang semula?,” katanya.

Berhubung situasi banjir sekaran, Kadir memetik beita BERNAMA yang melaporkan bahawa 90,250 orang telah dipindahkan akibat banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Tambahnya, daerah Kemanan juga sudah ditenggelami banjir. Seramai 32,343 di Kelantan diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) and Perlis (265).

Menurut kaporan tersebut, banjir kali ini merupakan yang paling teruk di Kelantan dalam ingatan. Banjir paling teruk sebelum ini berlaku di Lembah Kelang pada tahun 1971.

Juga disebut dalam tulisan beliau adalah mengenai pelancong British yang turut jadi mangsa banjir dan mengenai RM50 juta yang diperuntukkan oleh. Kerajaan untuk negeri-negeri terbabit banjir, seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

“Adakah Perdana Menteri kita itu akan terus berada di luar negara sehingga tahun baru atau akan pulang menyertai rakyat jelata yang dilanda dan dihimpit pelbagai mala petaka dan musibah?

“Junjung kasih kepada Sultan Perak kerana menitahkan agar Krismas disambut sederhana di negeri baginda sebagai tanda simpati kepada mangsa banjir,” ujarnya.

Najib ketika ini sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Najib secara terbuka.



Najib Tidak Perlu Hantar Bunga Emas Kepada Obama Najib Tidak Perlu Hantar Bunga Emas Kepada Obama Reviewed by Admin on 09:46 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.