Lucu…Apabila Para Lelaki Mangsa Banjir Pakai Baju Kurung

Lucu ada, sedih pun ada apabila membaca status dan gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Rosli menerusi akaun Facebook Khalil Yunus.
Alkisahnya, sewaktu sesi pengagihan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) Tendong di Pasir Mas, tiba-tiba datang beberapa individu berbaju kurung.
Mereka berlari pantas untuk mengambil bekalan makanan yang diagihkan.
Namun, apa yang mengejutkan, individu yang berbaju kurung itu rupa-rupanya LELAKI. Haha!
bj kurung 2
Bak kata orang, kalau sudah terdesak, apa saja pun sanggup disarung ke tubuh.
Itu lebih baik daripada menahan kesejukan akibat pakaian yang sudah basah lencun dek air bah.
Pada masa yang sama, Ustaz Rosli turut memberitahu  masih banyak pusat pemindahan masih kekurangan bekalan makanan kerana kesukaran untuk menghantar bantuan melalui jalan darat. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA
Lucu…Apabila Para Lelaki Mangsa Banjir Pakai Baju Kurung Lucu…Apabila Para Lelaki Mangsa Banjir Pakai Baju Kurung Reviewed by Admin on 19:02 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.