KB Diramal Mungkin Tenggelam Lagi


Kota Bharu: Selepas 10 tahun, bandar ini dijangka tenggelam lagi berikutan aras Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini, diramal meningkat kepada 7 meter sehingga jam 2 petang ini.
Kali terakhir bandar ini tenggelam akibat limpahan air sungai pada 2004.
Sehingga jam 7.30 malam semalam, paras air sungai itu sudah mencecah 6.37 meter dan arahan supaya semua pihak berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya sudah dikeluarkan.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Shahimi Sharif berkata, maklumat itu dikeluarkan Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS yang bertanggungjawab menyelenggara Bank Data Hidrologi Nasional.
“Amaran sudah dikeluarkan apabila paras air Sungai Kelantan di kawasan itu menghampiri 6.50m dan dijangka terus meningkat kepada 7 meter menjelang 2 petang, esok (hari ini).
“Apabila paras 7 meter dicapai seperti yang berlaku pada 2004, bermakna banjir di Kota Bharu akan berlaku dan bandar sekitarnya juga akan terjejas.
“Jadi kita sudah minta semua pihak supaya bersedia dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pada 2004, paras Sungai Kelantan mencecah 7 meter menyebabkan bandar Kota Bharu lumpuh dengan bangunan komersial dan perkampungan terletak di sekitar tebing sungai paling terjejas.
Laporan itu menyebut, empat kampung di tebing Sungai Pengkalan Chepa terletak dalam zon merah (bahaya) dan penduduknya sudah diarah berpindah dan tidak kembali ke kawasan berkenaan hingga banjir reda.
Pagi semalam, sebahagian pusat perniagaan di Jalan Tok Hakim dan Jalan Post Office Lama terpaksa ditutup selepas ditenggelami air selain penduduk yang tinggal di Jalan Gajah Mati mula berpindah keluar.
Seorang penduduk di Jalan Gajah Mati, Rosni Mohamed, 49, berkata, dia sekeluarga terpaksa berpindah ke rumah adik bongsunya di Jalan Telipot kerana bimbangkan rumahnya di tepi sungai itu tenggelam. Sumber Hmetro Online

KB Diramal Mungkin Tenggelam Lagi KB Diramal Mungkin Tenggelam Lagi Reviewed by Admin on 07:33 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.