650 Maut Dalam Nahas Udara Di Indonesia Sejak Dua Dekad

Nahas pesawat Garuda pada 2007.
KEHILANGAN menyedihkan penerbangan AirAsia, QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad merupakan sejarah baharu bagi Indonesia selepas negara itu merekodkan 650 kematian dalam kemalangan udara sejak dua dekad lalu.
Insiden terbaharu itu berlaku  tatkala Indonesia sedang berusaha meningkatkan keselamatan udara berikutan permintaan yang tinggi dalam penerbangan tambang murah ekoran daripada peningkatan populasinya.
A man pointing at an electronic display showing the arriving flights with the missing AirAsia flight QZ8501 at the Changi Airport in Singapore
DailyMail Online melaporkan, walaupun Indonesia mendapat manfaat daripada pengangkutan udara namun negara itu masih belum dapat menyediakan jumlah juruterbang berkelayakan yang mencukupi, mekanik, pengawal trafik udara serta lapangan terbang mengikut teknologi terkini bagi meningkatkan keselamatan.
Laporan itu turut mendakwa kebanyakan lapangan terbang di Indonesia tidak dilengkapi oleh sistem pengesan angin ricih yang dapat memberitahu anak kapal mengenai situasi semasa cuaca.
Teknologi itu digunakan untuk mengelak daripada berlaku kemalangan udara akibat keadaan cuaca yang menyumbang sebanyak 30 peratus dalam nahas udara di seluruh dunia sebelum ini.
Indonesian marines inspect the wreckage of a Sukhoi Superjet-100 that crashed on the mountainside in Bogor, West Java, Indonesia on May 12, 2012
Kemalangan pesawat Sukhoi Superjet-100 di Bogor, Jawa Barat pada 12 Mei , 2012.
Laporan berkenaan turut melaporkan bahawa Pusat Penerbangan Asia Pasikfik telah merekodkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 20 peratus iaitu bersamaan 5.6 juta penumpang di antara 2012 hingga 2013 di rantau tersebut.
Jumlah itu juga dijangka meningkat sehingga menjadikan  Asia Pasifik sebagai laluan udara paling sibuk dunia.
Sementara itu, Pengasas Kumpulan Khiri Travel, Willem Niemeijer berkata," Peningkatan jumlah pengangkutan udara bermakna jumlah kemalangan juga akan naik."
Sejak 20 tahun lalu, seramai 532 nyawa terkorban dalam nahas udara di Indonesia manakala 116 lagi dianggap turut mati selepas tidak ditemui. mStar Online
650 Maut Dalam Nahas Udara Di Indonesia Sejak Dua Dekad 650 Maut Dalam Nahas Udara Di Indonesia Sejak Dua Dekad Reviewed by Admin on 09:15 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.