Syarat Kelayakan Blog Dan Forum Kena GST Mulai 1 April 2015
Syarat kelayakan pemilik blog atau forum kena GST mulai 1 April 2015. Demi menamatkan spekulasi mengenai artikel yang pernah kami terbitkan mengenai pemilik blog bakal dikenakan GST mulai 1 April 2015, pihak kami telah menghubungi Jabatan Kastam Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai GST. Menurut maklum balas yang diberikan, pemilik blog atau forum akan dikenakan GST sekiranya pendapatan tahunan melebihi RM500,000 setahun. Jika pendapatan blog atau forum anda melebihi RM500,000 setahun, maka anda diwajibkan untuk berdaftar dengan GST. Bagi mereka yang tidak mencapai pendapatan tahunan RM500, 000 maka tidak perlu mendaftar dengan GST. Pada masa yang sama, jika blog anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga contohnya seperti Hosting, Domain dan sewaktu dengannya, syarikat pihak ketiga yang berpendapatan melebihi RM500,000 setahun akan mengenakan cukai terhadap blogger yang menggunakan perkhimatan tersebut.
Sumber: Syarat Kelayakan Blog Atau Forum Kena GST Mulai 1 April 2015 | melvister.com
Syarat Kelayakan Blog Dan Forum Kena GST Mulai 1 April 2015
Reviewed by Admin
on
21:14
Rating:
No comments: