Salahkan Isteri Kerana Berzina, Wardina Tak Percaya Dengan Apa Yang Dibaca
Jangan katakan Wardina. Abang Nara yang lelaki ini pun menggeleng-gelengkan kepala membaca artikel di Sinar Harian ini. Mana tidaknya, si suami yang sudah berkahwin selama 10 tahun mempunyai hubungan terlarang dengan seorang janda hanya kerana isterinya sudah tidak cantik seperti dulu. Alasan apakah ini? Memang tak masuk akal. Memang tak logik. Kalau jumpa lelaki ini, memang Abang Nara pelempang 1,000 kali.
Hubungan terlarang yang dijalinkan oleh si suami bermula sejak si isteri mengandungkan anak pertama. Mahu diberi penerangan, si suami menulis sepucuk surat kepada si isteri menerangkan di mana silapnya. Kerana penerangan ini, si isteri menerima dan memaafkan si suami. Katanya itu adalah fitrah seorang lelaki. Berikut ialah surat yang ditulis.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf…Mah…Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang.Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…
Sememangnya fitrah seorang lelaki mahukan wanita yang cantik. Siapa yang taknak kan? Namun kalau dah beristeri, kita kenalah tahu batasan. Si isteri pun jadi tak cantik, jadi tak menggiurkan kerana penat menjaga kita dan anak-anak. Bukannya kerana menjaga orang lain. Janganlah kerana sudah tak cantik seperti saat bercinta dulu menjadikan kita membuat alasan untuk membuat hubungan terlarang sebegini. Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen. Artikel penuh di Sinar Harian. Sumber: Beautifulnara.com
Salahkan Isteri Kerana Berzina, Wardina Tak Percaya Dengan Apa Yang Dibaca
Reviewed by Admin
on
22:02
Rating:
No comments: